AdNeighbour

Sunday 30 September 2012

BlackBerry OS 10 Tutorials


Bagi peminat-peminat BlackBerry OS 10 terpaksa menunggu lebih lama sedikit kerana OS dari BlackBerry ini mengalami sedikit kelewatan dalam pelancarannya. Tetapi kami rasa ianya sesuatu yang berbaloi menunggu kerana OS baru ini menjanjikan kelainan hampir secara keseluruhan berbanding versi OS yang sebelumnya.

Os terbaru ini menggunakan sentuhan pintar untuk hampir keseluruhan fungsi-fungsinya. Sebagai contohnya pengguna OS ini nanti akan mengguna sentuhan pintar "clever gestures" untuk kembali ke Paparan Utama "Homescreen" berbanding menggunakan button seperti Android ataupun iOS.



Semua telefon BlackBerry akan dilengkapi dengan tutorial untuk mengajar pengguna bagaimana untuk menggunakan "clever gestures" ini. Di sini kami akan paparkan 4 daripadanya.

BlackBerryItaly telah merekodkan tutorial-tutorial ini, tutorial yang pertama ini menunjukan sentuhan asas yang digunakan untuk unlock paparan adan bagaimana untuk pergi ke paparan utama.




Kemudian anda akan dapat melihat aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan dan juga aplikasi-aplikasi yang lain.



Anda juga boleh "swipe" ke atas secara perlahan-lahan untuk mengintai panggilan yang sempat dijawab dan notifikasi yang lain.






Kemudian anda juga boleh "swipe" ke bawah untuk suis Wi-Fi, Bluetooth dan lain-lain.




Nampaknya persaingan untuk merebut tempat ketiga selepas Android dan iOS semakin sengit antara BlackBerry OS 10 dengan Windows Phone 8. Masing-masing mempunyai peminatnya yang tersendiri.

tepuk dada tanya selera.