AdNeighbour

Thursday 27 September 2012

Tablet Nexus™ 7 in Malaysia!

ASUS dan Google secara rasminya melancarkan Tablet Nexus™ 7 di Malaysia! Ianya merupakan hasil usahasama antara ASUS dan Google. Majlis sidang media dan pelancaran Tablet Nexus™ 7 di adakan di Kuala Lumpur yang dihoskan bersama ASUS and Google Malaysia.


Turut sama di majlis pelancaran ini ialah George Su, Systems Country Manager dari ASUS Malaysia dan Zeffri Yusof, Head of Communications & Public Affairs dari Google Malaysia.


  Tablet Nexus™ 7 adalah tablet yang pertama dalam keluarga Nexus yang menggunakan Android™ 4.1 (Jelly Bean) dan tablet ini juga merupakan tablet 7-inchi yang pertama di dunia yang dikuasakan oleh CPU Quad-core 1.3 GHz Cortex-A9. Tablet ini akan menjanjikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna kerana ianya dilengkapkan lagi dengan RAM 1GB bersama ULP GeForce sebagai GPU. Selain menjanjikan prestasi tablet ini juga agak nipis. Tablet ini tidak mempunyai fungsi GSM, maka tablet tidak boleh buat panggilan(GSM), tiada SMS dan tiada MMS. Capaian internet melalui Wi-Fi 802.11 b/g/n.  Tablet ini di jual pada harga RM 999.