AdNeighbour

Saturday 29 September 2012

App Store alternative Maps for iOS 6


Semalam Tim Cook menghantar surat meminta maaf kepada pengguna-pengguna iOS 6 kerana masalah yang mereka hadapi semasa menggunakan Apple Maps. Apple berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki masalah tersebut secepat mungkin. Buat sementara itu, Tim Cook mencadang kepada pengguna-pengguna iOS 6 menggunakan aplikasi Maps yang lain sementara Apple menyelesaikan masalah tersebut.


Hari ini Apple telah mengambil inisiatif dengan meletakkan satu ruang untuk peta di App Store yang bertajuk ‘Find Maps for your iPhone’. Di dalam ruagan ini, pengguna akan dapat memilih aplikasi peta yang lain yang boleh didapati secara percuma ataupun berbayar untuk diguna pakai pada iOS 6.



Apple juga telah membuat satu halaman berasingan untuk mengajar pengguna iOS 6 bagaimana untuk membuat icon Google Maps dan Nokia Maps di homescreen memandangkan kedua-dua aplikasi ini tidak direka untuk platform iOS6.

Nampaknya Tim Cook dan Apple berusaha keras untuk menjaga pelanggan-pelanggan mereka. :)