AdNeighbour

Wednesday 26 September 2012

Google+ SMS now in Malaysia

Google+ SMS kini di Malaysia

Adakah anda pengguna Google+? Google+ masih belum popular di Malaysia seperti di US dan India. Untuk mengembangkan Google+ supaya boleh bersaing dengan applikasi sosial yang lain, Google Inc telah memperkenalkan perkhidmatan sms untuk pengguna Google+ di Malaysia.

Perkhidmatan ini juga diperkenalkan ke 40 negara yang lain selain Malaysia. Negara-negara terbabit ialah Afghanistan, Algeria, Angola, Bahrain, Benin, Cambodia, Cameroon, Congo (DRC), Cote D’Ivoire, Egypt, Ghana, Guinea, Indonesia, Iraq, Israel, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Kuwait, Kyrgyzstan, Liberia, Malawi, Maldives, Morocco, Mozambique, Niger, Nigeria, Pakistan, Philippines, Saudi Arabia, Senegal, Sierra Leone, Sri Lanka, Tanzania, Thailand, Tunisia, Uganda, Uzbekistan, Vietnam and Zambia.




 Bagaimana ia berfungsi?

Jika dahulu kita mesti menggunakan laman web Google+ atau applikasinya (Android dan Iphone sahaja) .Kini dengan menghantar sms ke nomber tertentu, pengguna dapat menghantar komen atau menjawab komen rakan-rakan anda.


Perkhidmatan ini juga akan menghantar notifikasi tentang aktiviti Google+ anda.




Perkhidmatan ini sangat sesuai kepada pengguna yang tidak melanggan data plan atau mahu menjimatkan penggunaan data plan mereka. Ianya juga sesuai kepada pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar.


Bagaimana hendak memdapatkan perkhidmatan Google+ SMS ini?

http://www.google.com/mobile/landing/+/sms/


Selamat Mencuba!