AdNeighbour

Sunday 30 September 2012

MemoryUp Pro - Mobile RAM Booster

MemoryUp Pro - Mobile RAM Booster 

(Handango Championship Award)


Supported Platforms: BlackBerry, Android, Symbian, Windows Mobile, and J2ME enabled Smartphone

Aplikasi ini bagus untuk memaksimakan prestasi telefon/peranti anda. Telefon/peranti kita kadang-kadang menjadi perlahan, aplikasi gagal berfungsi atau mungkin sehingga boleh menyebabkan alat kita berhenti berfungsi. Aplikasi akan membuang atau membunuh aplikasi yang tidak aktif lagi daripada terus menggunakan RAM atau memory telefon. Ini akan menjadikan sistem telefon lebih stabil dan prestasi aplikasi yang aktif akan meningkat dengan ketara.

Run Android apps on Windows?





Pengeluar chip pemprosesan terkemuka telah mengumumkan usahasama dengan sebuah syarikat perisian Bluestacks untuk membawa setengah juta applikasi Android ke peranti Windows 8.

Aplikasi-aplikasi tersebut hanya boleh didapati di tablet dan komputer yang dikuasai oleh CPU dan GPU AMD. Aplikasi-aplikasi tersebut boleh di muat turun menggunakan Appzone Player.

Bluestacks sekarang dalam usaha memasukan Appzone ke peranti-peranti AMD bersama pengeluar seperti HP.

BlackBerry OS 10 Tutorials


Bagi peminat-peminat BlackBerry OS 10 terpaksa menunggu lebih lama sedikit kerana OS dari BlackBerry ini mengalami sedikit kelewatan dalam pelancarannya. Tetapi kami rasa ianya sesuatu yang berbaloi menunggu kerana OS baru ini menjanjikan kelainan hampir secara keseluruhan berbanding versi OS yang sebelumnya.

Os terbaru ini menggunakan sentuhan pintar untuk hampir keseluruhan fungsi-fungsinya. Sebagai contohnya pengguna OS ini nanti akan mengguna sentuhan pintar "clever gestures" untuk kembali ke Paparan Utama "Homescreen" berbanding menggunakan button seperti Android ataupun iOS.



Semua telefon BlackBerry akan dilengkapi dengan tutorial untuk mengajar pengguna bagaimana untuk menggunakan "clever gestures" ini. Di sini kami akan paparkan 4 daripadanya.

BlackBerryItaly telah merekodkan tutorial-tutorial ini, tutorial yang pertama ini menunjukan sentuhan asas yang digunakan untuk unlock paparan adan bagaimana untuk pergi ke paparan utama.


#ChurpChurp 's top 30 influencers brought home a total of over RM120K the past year! Join them!

#ChurpChurp 's top 30 influencers brought home a total of over RM120K the past year! Join them!

Saturday 29 September 2012

App Store alternative Maps for iOS 6


Semalam Tim Cook menghantar surat meminta maaf kepada pengguna-pengguna iOS 6 kerana masalah yang mereka hadapi semasa menggunakan Apple Maps. Apple berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki masalah tersebut secepat mungkin. Buat sementara itu, Tim Cook mencadang kepada pengguna-pengguna iOS 6 menggunakan aplikasi Maps yang lain sementara Apple menyelesaikan masalah tersebut.


Hari ini Apple telah mengambil inisiatif dengan meletakkan satu ruang untuk peta di App Store yang bertajuk ‘Find Maps for your iPhone’. Di dalam ruagan ini, pengguna akan dapat memilih aplikasi peta yang lain yang boleh didapati secara percuma ataupun berbayar untuk diguna pakai pada iOS 6.

10 Handphone RM 500 dan ke bawah!


Berikut adalah senarai 10 handphone yang mampu ada miliki dengan harga RM500 dan ke bawah.



 1. Samsung Galaxy Y S5360

OS                 : Android OS, v2.3.5 (Gingerbread)
Fungsi Utama : Call,Sms, MMS, FM Stereo, Papan Kekunci QWERTY
Camera          : 2 MP, 1600x1200 pixels
GPS               : A-GPS support
DATA        :
GPRS
EDGE
WLAN       : Wi-Fi 802.11 b/g/n, Hotspot functionality
Bluetooth       : v3.0 with A2DP, HS
USB              : microUSB v2.0
Harga            : RM400

2. Samsung Galaxy Y S5360-Limited Edition Hello Kitty

OS                 : Android OS, v2.3.5 (Gingerbread)
Fungsi Utama : Call,Sms, MMS, FM Stereo, Papan Kekunci QWERTY
Camera          : 2 MP, 1600x1200 pixels
GPS               : A-GPS support
DATA       :
GPRS
3G/EDGE
WLAN       : Wi-Fi 802.11 b/g/n, Hotspot functionality
Bluetooth       : v3.0 with A2DP, HS
USB              : microUSB v2.0
Harga            : RM400

3. Samsung Galaxy Chat B5330

OS                  : Android OS, v4.x (Ice Cream Sandwich), upgradable to v4.1
Fungsi Utama  : Call,Sms, MMS, FM Stereo.
Camera           : 2 MP, 1600x1200 pixels
GPS                : A-GPS support
DATA        :
GPRS
3G/EDGE
WLAN        : Wi-Fi 802.11 b/g/n, Hotspot functionality
Bluetooth        :  v3.0 with A2DP, HS                                                                                           
USB               : microUSB v2.0
                                                                                    Harga            : RM480

4. Samsung Galaxy Y Duos (2 simcard)

OS                 : Android OS, v2.3 (Gingerbread)
Fungsi Utama : Call,Sms, MMS, FM Stereo.
Camera          : 3.15 MP, 2048x1536 pixels
GPS               : A-GPS support
DATA     :
GPRS
3G/EDGE
WLAN     : Wi-Fi 802.11 b/g/n, Hotspot functionality
Bluetooth       : Yes, v3.0 with A2DP, HS
USB              : microUSB v2.0
Harga            : RM480

5. LG T375 COOKIE SMART ( 2 Simcard)

Fungsi Utama : Call,Sms, MMS, FM Stereo.
Camera          : 2 MP, 1600x1200 pixels
GPS               : A-GPS support
DATA       :
GPRS
3G/EDGE
WLAN       : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Bluetooth       : Yes, v3.0 with A2DP, HS
USB              : microUSB v2.0
Harga            : RM300






6. LG Optimus L3 E400

OS                 : Android OS, v2.3 (Gingerbread)
Fungsi Utama : Call,Sms, MMS, FM Stereo.
Camera          : 3.15 MP, 2048x1536 pixels
GPS               : A-GPS support
DATA           :
GPRS
3G/EDGE
WLAN     : Wi-Fi 802.11 b/g/n, Hotspot functionality
Bluetooth       : Yes, v3.0 with A2DP, HS
USB              : microUSB v2.0
Harga           : RM490

7. HTC Explorer a.k.a HTC Pico

OS                 : Android OS, v2.3 (Gingerbread)
Fungsi Utama : Call,Sms, MMS, FM Stereo.
Camera          : 3.15 MP, 2048x1536 pixels
GPS               : A-GPS support
DATA       :
GPRS
3G/EDGE
WLAN     : Wi-Fi 802.11 b/g/n, Hotspot functionality
Bluetooth       : Yes, v3.0 with A2DP, HS
USB              : microUSB v2.0
Harga            : RM370

8. HTC WILDFIRE S

OS                 : Android OS, v2.3 (Gingerbread)
Fungsi Utama : Call,Sms, MMS, FM Stereo.
Camera          : 5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus, LED flash
GPS               : A-GPS support
DATA       :
GPRS
3G/EDGE
WLAN     : Wi-Fi 802.11 b/g/n, Hotspot functionality
Bluetooth      : Yes, v3.0 with A2DP, HS
USB             : microUSB v2.0
Harga          : RM500

9. BlackBerry Curve 8520

OS                 : BlackBerry OS 5.0
Fungsi Utama : Call,Sms, MMS, Papan Kekunci QWERTY
Camera          : 2 MP, 1600x1200 pixels
DATA     :
GPRS
EDGE
WLAN     : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Bluetooth      : v3.0 with A2DP, HS
USB             : microUSB v2.0
Harga           : RM450





10. ZTE V9 My Tab ( Paparan 7 Inchi)

OS                 : Android OS, v2.1 - upgradable to v2.3
Fungsi Utama : Call,Sms, MMS
Camera          : 3.15 MP, 2048x1536 pixels
GPS               : A-GPS support
DATA           :
GPRS
3G
WLAN     : Wi-Fi 802.11 b/g/n, Hotspot functionality
Bluetooth      : Yes, v3.0 with A2DP, HS
USB              : microUSB v2.0
Harga           : RM500



Kepada yang sukakan paparan yang besar bolehlah memilih ZTE V9. Walaupun ZTE V9 lebih kepada tablet tetapi memandangkan ianya mampu membuat panggilan dari kami masukkannya dalam kategori telefon bimbit.

Kepada yang sukakan kuasa pemprosesan, kami cadangkan Samsung Galaxy Chat B5330. Telefon ini merupakan yang paling laju diantara 10 telefon di atas. Telefon ini juga akan menerima sokongan sehingga Jelly Bean dan mempunyai papan kekunci QWERTY.

Kepada peminat BlackBerry, Curve 8520 berada dalam kategori RM 500 dan ke bawah.

Pilihan kami adalah Samsung Galaxy Chat B5330.







Friday 28 September 2012

SwiftKey 3 - Try it Out!


 Swiftkey memang terkenal dengan keyboard aftermarket untuk Android. Jika anda belum mendapatkannya boleh muat turun dari Play Store. Swiftkey telah menlancarkan update terbaru yang mempunyai fungsi-fungsi baru. Yang paling menyerlah adalah 2 tema baru iaitu Sky blue and Fuchsia.






Selain dari tema, SwiftKey 3 juga telah menambah 2 bahasa baru iaitu - Urdu dan Bahasa Melayu. Ianya juga dilengkapi dengan input suara untuk Ice Cream Sandwich dan Jelly Bean dan akhirnya antara SwiftKey 3 juga telah membetulkan kekurang yang ada dari versi sebelumnya.

Sekiranya anda sudah menginstal versi sebelumnya, anda bolehlah muat turun updatenya di Play store. Kepada yang baru ingin mencuba papan kekunci ini pun boleh muat turun versi yang terbaru di Play Store.


Selamat Mencuba!

Bad Piggies available for download

Setelah berjaya menawan dunia dengan Angry bird kini Rovio memperkenalkan tajuk baru - Bad Piggies. Permainan baru yang di tunggu-tunggu ini ditawarkan di atas platfom iOS, Android dan Mac OS X. Permainan ini akan di lanjutkan ke platfom Windows 8 dan Windows Phone 8 pada masa akan datang.










Pengguna Android merupakan yang paling bertuah kerana permainan ini (SD dan HD) boleh dimuat turun secara percuma di Play Store. Bagi pengguna iOS pula akan dikena bayaran sebanyak USD 0.99 (SD) dan USD 2.99 (HD). Harga muat turun untuk pengguna Mac OS X adalah yang paling mahal iaitu sebanyak USD 5!!!!. Manakala harga untuk platfom Windows 8 dan Windows Phone 8 belum di ketahui.





Thursday 27 September 2012

Tablet Nexus™ 7 in Malaysia!

ASUS dan Google secara rasminya melancarkan Tablet Nexus™ 7 di Malaysia! Ianya merupakan hasil usahasama antara ASUS dan Google. Majlis sidang media dan pelancaran Tablet Nexus™ 7 di adakan di Kuala Lumpur yang dihoskan bersama ASUS and Google Malaysia.


Turut sama di majlis pelancaran ini ialah George Su, Systems Country Manager dari ASUS Malaysia dan Zeffri Yusof, Head of Communications & Public Affairs dari Google Malaysia.


  Tablet Nexus™ 7 adalah tablet yang pertama dalam keluarga Nexus yang menggunakan Android™ 4.1 (Jelly Bean) dan tablet ini juga merupakan tablet 7-inchi yang pertama di dunia yang dikuasakan oleh CPU Quad-core 1.3 GHz Cortex-A9. Tablet ini akan menjanjikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna kerana ianya dilengkapkan lagi dengan RAM 1GB bersama ULP GeForce sebagai GPU. Selain menjanjikan prestasi tablet ini juga agak nipis. Tablet ini tidak mempunyai fungsi GSM, maka tablet tidak boleh buat panggilan(GSM), tiada SMS dan tiada MMS. Capaian internet melalui Wi-Fi 802.11 b/g/n.  Tablet ini di jual pada harga RM 999.

Wednesday 26 September 2012

Google Play Store App Promotions

Sehingga hari ini, Google Play Store telah mencatatkan 25 billion muat turun!!. Sempena merayakan pencapaian ini, Google Play Store telah mengadakan promosi ke atas aplikasi berbayar serendah USD 0.25! Promosi ini akan berlangsung sehingga 5 HARI!







Setiap hari selama 5 hari, Google Play Store akan menjual aplikasi dari pembangun perisian terkemuka seperti Gameloft, Electronic Arts, Rovio, runtastic, Full Fat dan banyak lagi serendah USD 0.25 sahaja.

Google Play Store juga menawarkan  25 movies, books, magazines dan 25 album pada harga yang sangat istimewa!.

Google akan mengemas kini senarai aplikasi yang akan termasuk dalam promosi ini hari ini. Sebahagian daripadanya sudah pun berada di lawan promosi Play Store. Jadi apa tunggu lagi . Jom Play Store!

Menggunakan Google Maps secara Offline


 
Google Maps adalah antara aplikasi yang sering kita guna. Google Maps menggunakan data untuk muat turun peta ke handphone/tablet. Kali ini kami kongsi bagaimana untuk anda boleh menikmati perkhidmatan Google Maps secara offline (tanpa data) sekiranya anda berada di luar negara atau di kawasan yang tiada liputan data.

Perhatian : Anda hanya boleh menggunakan peta di kawan yg anda “pre-cached” sahaja. Tetapi kalau tiada gading, tanduk pun berguna juga.


Kepada pengguna Google Maps 6.8.1

1. Open Google Maps
2. Go to Settings -> Labs
3. Click on Pre-cache map area to activate it.
4. Go to your desired place, tap and hold.
5. Tap on the bubble that appears and select Pre-cache map area.



Kepada pengguna Google Maps 6.12.x, fungsi offline and cache ini sudah sedia ada. Tetapi anda mesti memilih bagaimana Google Map muat turun peta untuk tujuan offline bagi mengelakkan caj ke atas data.

1. Open Google Maps
2. Go to Settings
3. Offline and cache
4. Automatic caching
5.Pilih Wi-fi only

Sekarang anda boleh menggunakan Wi-Fi untuk mencari kawasan yang anda akan lawati. Apabila ada berada di kawasan tersebut anda sudah boleh menggunakan peta tersebut secara offline.

Kepada anda yang masih belum ada aplikasi Google Maps. Sila layari pautan dibawah dengan menggunakan handphone anda.

m.google.com.my/maps

Selamat Mencuba!

Google+ SMS now in Malaysia

Google+ SMS kini di Malaysia

Adakah anda pengguna Google+? Google+ masih belum popular di Malaysia seperti di US dan India. Untuk mengembangkan Google+ supaya boleh bersaing dengan applikasi sosial yang lain, Google Inc telah memperkenalkan perkhidmatan sms untuk pengguna Google+ di Malaysia.

Perkhidmatan ini juga diperkenalkan ke 40 negara yang lain selain Malaysia. Negara-negara terbabit ialah Afghanistan, Algeria, Angola, Bahrain, Benin, Cambodia, Cameroon, Congo (DRC), Cote D’Ivoire, Egypt, Ghana, Guinea, Indonesia, Iraq, Israel, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Kuwait, Kyrgyzstan, Liberia, Malawi, Maldives, Morocco, Mozambique, Niger, Nigeria, Pakistan, Philippines, Saudi Arabia, Senegal, Sierra Leone, Sri Lanka, Tanzania, Thailand, Tunisia, Uganda, Uzbekistan, Vietnam and Zambia.




 Bagaimana ia berfungsi?

Jika dahulu kita mesti menggunakan laman web Google+ atau applikasinya (Android dan Iphone sahaja) .Kini dengan menghantar sms ke nomber tertentu, pengguna dapat menghantar komen atau menjawab komen rakan-rakan anda.


Perkhidmatan ini juga akan menghantar notifikasi tentang aktiviti Google+ anda.




Perkhidmatan ini sangat sesuai kepada pengguna yang tidak melanggan data plan atau mahu menjimatkan penggunaan data plan mereka. Ianya juga sesuai kepada pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar.


Bagaimana hendak memdapatkan perkhidmatan Google+ SMS ini?

http://www.google.com/mobile/landing/+/sms/


Selamat Mencuba!

Tuesday 25 September 2012

Samsung Jelly Bean Update



Saat yang di tunggu-tunggu oleh pengguna Handphone/Tablet Samsung!

Samsung telah mengeluarkan senarai penuh untuk semua peranti yang akan mendapat sokongan sehingga Jelly Bean (Android 4.1). Sudah tentulah Galaxy S III adalah yang pertama untuk mendapatkan JB sejak 2 hari yang lepas di beberapa negara Eropah. Giliran kita di Malaysia akan tiba tidak lama lagi tetapi tiada tarihk khusus buat masa ini.Harap bersabar.



Berikut adalah barisan produk Samsung yang akan mendapat sokongan hingga ke Android Jelly Bean.


    Galaxy Tab 2 7,0
    Galaxy Tab 2 10,1
    Nota Galaxy 10,1
    Galaxy S II
    Nota Galaxy
    Galaxy Tab 7.0 Plus
    Galaxy S Advance
    Galaxy S II LTE
    Muzik Galaxy
    Galaxy Chat
    Galaxy Ace 2
    Galaxy Beam
    Galaxy Ace Plus
    Galaxy Mini II
    Galaxy S Duos

Sayang sungguh Samsung Galaxy Tab 10.1 nampaknya tercicir dari senarai. Samsung Galaxy Tab 10.1 hanya akan menerima sokongan sehingga Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) sahaja.
 
*** Samsung mungkin tidak akan memberi sokongan kepada SGT 10.1 untuk Jelly Bean tetapi itu tidak bermakna pengguna akan kempunan. Kami akan update anda pada masa akan datang selepas hasil ujian kami ke atas SGT 10.1 Jelly Bean menggunakan “Custom ROM”.